OUR PROFILE

WAKTU SOLAT JOHOR BAHRU, KOTA TINGGI & MERSING

Saturday, April 23, 2011

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...

5 SIFAT MANUSIA MENGHADAPI KESUSAHAN & KESENANGAN

 

  Musibah dan kenikmatan kedua-duanya adalah cubaan dari Allah agar manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah. Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutamana dalam menghadapi kesusahan musibah,malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.

1.Ada golongan manusia yang ingkar bahawa kenikmatan dan malapetaka itu datang-nya dari Allah sebagai ujian. Mereka berkata gempa bumi,banjir, hama,kebakaran, angin taufan, semua itu adalah bencana alam,alamiah dan bukan dari Tuhan. Apabila kesulitan yang menimpa diri mereka telah pulih kembali dan berakhir seperti sakit sekian lama kemudian sembuh,miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti sembuh,miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti itu juga. Namun mereka tetap kufur terhadap pemberi kenikmatan dan rahmat dari Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman)sama sahaja kepada mereka,sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran,mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka) Allah meteraikan atas hati mereka serta pendengaran mereka ada penutupnya,dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar." (Al-Baqarah 2:6-7)

2. Golongan kedua ialah orang-orang yang kurang yakin dalam keimanannya, Ketika dia memperolehi nikmat daripada Allah kerana apabila mereka mendapat cubaan yang berbentuk musibah dan malapetaka,mereka ingkar kepada Allah. Sembahyang dan puasa ditinggalkan. Firman Allah SWT: "Dan diantara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap,iaitu kalau ia beroleh kebaikan,senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula ia ditimpa kesusahan berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya) (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat,itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah,yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya, itulah kesesatan yang jauh terpesong."(AlHajj22:11-12)

Orang yang demikian apabila memperolehi kekayaan,dia akan berasa sombong,kedudukan yang ada digunakan untuk kepentingan sendiri dan apabila memperolehi ilmu pengetahuan digunakan untuk merugikan orang lain. Hal itu akan terjadi sekiranya semua yang diperolehinya dengan jalan yang tidak wajar. Firman Allah: "Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka jadilah ia seorang yang sangat berputus asa.lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah)." (Surah Fussilat 41-49)

"Dan demi sesungguhnya!Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya,kedapatan dia sangat-sangat berputus asa,lagi sangat-sangat tidak bersyukur." (SuraH Hud 11:9)

3.Golongan ketiga ialah orang-orang yang apabila mendapat kesulitan, musibah, mala petaka,kemiskinan mereka mengingat Allah Tetapi setelah memperolehi kenikmatan mereka lupa kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesu-sahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau berdiri dan manakala Kami hapuskan kesu-sahan itu daripadanya,ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpa." (Yunus 10:12)

4. Golongan yang keempat ialah orang-orang yang apabila memperolehi kenikmatan lupa kepada Allah,tetapi apabila ditimpa musibah ingat Allah. "Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia,berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia ditimpa kesusahan maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar." (Fussilat 41-51) Dia tidak mengenal Allah dan tidak memerlukan Allah tetapi apabila ditimpa kematian ketua keluarga secara mengejut,mereka sibuk memanggil orang-orang untuk membaca Al-Quran dirumahnya. Sebelum itu tidak pernah ada orang yang mengaji Al-Quran dirumahnya.

5. Golongan yang kelima ialah orang yang beriman dengan penuh keyakinan. Apabila memperolehi kenikmatan dia bersyukur dengan ucapan dan perbuatannya. Apabila ditimpa malapeta atau kesusahan dia tetap bersabar. Imannya,ibadahnya dan akhlaknya tidak mudah terpengaruh baik senang ataupun susah.

Demikianlah lima sifat golongan manusia dalam menghadapi ujian dari Allah.Kebanyakan mereka mengelabah dan akhirnya tewas dalam ujian dari Allah.Bahkan kebanyakan merasakan bahawa apa yang berlaku pada dirinya bukan dari Allah, dan dengan itu mereka lupa memohon pertolongan Allah,berlindung denganNya.Bahkan mereka menyingsing lengan,mengerah tenaga dan hawa nafsu untuk menghadapi ujian tersebut.

EMPAT GOLONGAN MANUSIA
Sedarkah kita bahawa jika direnungkan ada empat golongan manusia dalam hubungan dengan masyarakatnya:

1.Orang yang baik,tetapi kebaikan itu hanya untuk dirinya sendiri sahaja.
2.Orang yang jahat,tetapi kejahatannya merosakkan dirinya sahaja.
3.Orang yang baik dan berusaha agar orang lain juga baik.
4.Orang yang jahat dan selalu berusaha merosakkan orang lain dalam masyarakat.
Kata pepatah,jika kita tak boleh menjadi garam yang boleh menyelamatkan ikan dari busuk,maka janganlah menjadi lalat yang merosakkan ikan. Kita digolongan mana? Jika kita tak boleh berbuat baik dalam masyarakat,janganlah rosakkan orang lain yang berbuat baik pada masyarakat.

p/s: PETIKAN DARI TINTA alFAQIR

Wednesday, April 20, 2011

TOLONG AMBIL PERHATIAN!!!!! KPJ DI JOHOR BAHRU TETAP DI ADAKAN..

ASSALAMUALAIKUM..
MAAF DI ATS KESULITAN, PENCERAMAH KPJ DI DEWAN DARUL HIKMAH JOHOR BAHRU PADA HARI INI TETAP AKAN DI ADAKAN. PENCERAMAH TERSEBUT ADALAH USTAZ NOOR ASHID BIN HJ SAKIB.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI DATANG KE CAWANGAN HPA JOHOR BAHRU  UNTUK MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS KULIAH PERUBATAN JAWI SERTA DAPAT KITA MENIMBA LEBIH BANYAK LAGI TENTANG ILMU-ILMU PERUBATAN JAWI.
INSYA-ALLAH. TAKBIR..
 
MINTA TOLONG CAWANGAN, HALAL MART & KIOSK TERDEKAT SEBARKAN MAKLUMAT TERKINI INI.
 
MAAF DI ATAS KESULITAN YANG BERLAKU..

Sunday, April 17, 2011

PERUBAHAN PENCERAMAH KPJ DI DEWAN DARUL HIKMAH JOHOR BAHRU PADA 20 APRIL 2011

ASSALAMUALAIKUM..
MAAF DI ATS KESULITAN, PENCERAMAH KPJ DI DEWAN DARUL HIKMAH JOHOR BAHRU PADA 20 APRIL INI  DI GANTI DENGAN  UST. ZOLKHARNAIN BIN ABIDIN (UST. ZUL)

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI DATANG KE CAWANGAN HPA JOHOR BAHRU PADA 20 APRIL 2011 BERSAMAAN 16 JAMADILAWAL 1432H  UNTUK MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS KULIAH PERUBATAN JAWI SERTA DAPAT KITA MENIMBA LEBIH BANYAK LAGI TENTANG ILMU-ILMU PERUBATAN JAWI.
INSYA-ALLAH. TAKBIR..
MINTA TOLONG CAWANGAN, HALAL MART & KIOSK TERDEKAT SEBARKAN MAKLUMAT TERKINI INI.

Monday, April 4, 2011

KENAIKAN HARGA AYAM MK12B BERKUATKUASA 05 APRIL 2011

ASSALAMUALAIKUM..

MERUJUK KEPADA MEMO DI BAWAH INI, KENAIKAN AYAM MK12B INI BERKUATKUASA DARI TARIKH HARI INI 05 APRIL 2011 BERSAMAAN 2 JAMADILAWAL 1432H.


KEPADA CAWANGAN,KIOSK & STOKIS-STOKIS,MINTA TOLONG HEBAHKAN KEPADA AHLI-AHLI LAIN. KERJASAMA ANDA AEMUA AMAT DI HARGAI. TERIMA KASIH.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA" 

Saturday, April 2, 2011

KULIAH PERUBATAN JAWI DI JOHOR BAHRU


ASSALAMUALAIKUM..

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI DATANG KE CAWANGAN HPA JOHOR BAHRU PADA 20 APRIL 2011 BERSAMAAN 16 JAMADILAWAL 1432H  UNTUK MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS KULIAH PERUBATAN JAWI SERTA DAPAT KITA MENIMBA LEBIH BANYAK LAGI TENTANG ILMU-ILMU PERUBATAN JAWI OLEH DOTY OF THE YEAR 2011 IAITU
USTAZ AHMAD RAMIZU BIN MOHD NOOR. 
INSYA-ALLAH. TAKBIR..

Friday, April 1, 2011

INFO TERKINI BAGI PESERTA ESP

ASSALAMUALAIKUM..

PETIKAN DARI BLOG GENERAL MANAGER(GM AWM) ENCIK MOHAMMAD FAISOL BIN ABDUL RAHMAN.

SALAM
KEPADA PESERTA ESP YANG MASIH PENGEDAR BIASA(BERPANGKAT PB DAN BUKAN WAKIL) AKAN DI BERIKAN STATUS PLX 20% SEKIRANYA MEMATUHI PERATURAN PROGRAM ESP SEPENUHNYA DAN MELAKUKAN PEMBELIAN 150NM DI PASAR ESP PADA HARI TERSEBUT. SILA SEBARKAN.

PERUBAHAN PROGRAM ESP







Salam pada seluruh komuniti. ESP adalah program utama dalam MLMS HPA. Sehubungan dengan itu sekiranya ESP di laksanakan, maka program HPA yang lain seperi PBC dsbnya akan di tangguhkan. Ini memberi laluan kepada ESP.

Tarikh terdekat ESP adalah pada 9hb Apr 2011 di MITC, Melaka. Sila pastikan kehadiran yang terhad kepada 250 peserta. Sila pastikan anda yang awal menyertainya. Sila hubungi KPS ( Pn Habibah Yusof dan AJK KPS untuk memastikan anda adalah peserta awal yang akan menerima menfaatnya.
Tempat program belum muktamad. Makluman terkini akan diberitahu dari masa kesemasa.


APRIL FOOL – MENGUNGKAP TRAGEDI PENYEMBELIHAN UMAT ISLAM SEPANYOL

Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Sejarah April Fool


Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Sumber: http://www.eramuslim.com