OUR PROFILE

WAKTU SOLAT JOHOR BAHRU, KOTA TINGGI & MERSING

Saturday, May 28, 2011

Program Mentor Mentee Dalam Bengkel ESP

Mempunyai mentor adalah sangat penting dalam mencari kejayaan dalam apa jua bidang perniagaan termasuk Multi Level Marketing (MLM). Memilih mentor yang tepat akan membawa kebaikan kepada perniagaan kerana mereka akan menunjuk ajar cara yang berkesan dan praktikal dilakukan berdasarkan pengalaman mereka sendiri.
Seorang mentor akan memberi jalan untuk menangani permasalahan yang sering berlegar dalam perniagaan. Mereka telah melalui banyak cabaran dan ujian sebelum mencapai kejayaan. Maka segala kesilapan yang telah dilakukan dalam perniagaan boleh dielakkan lebih awal oleh seorang usahawan yang baru hendak bermula.
Sekarang adalah masa terbaik untuk kita mendapatkan mentor yang tepat dalam perniagaan HPA melalui program dan bengkel ESP.
Bengkel ESP sebagai program susulan selepas program ESP diadakan bertujuan untuk melahirkan seramai mungkin usahawan MLM Syariah HPA dengan mempraktikkan program “Mentor Mentee”. Ini akan mewujudkan “Real Business” tanpa melibatkan proksi.
Para leader HPA iaitu Pengarah Jati Setia (PJS) yang telah mengikuti Kursus Bengkel di Sg Petani bersama Pengarah Urusan pada 24 Mei baru baru ini telah pun berjanji apabila mereka menjadi mentor nanti akan membimbing peserta di dalam kumpulannya selama 3 tahun walaupun bukan line mereka.
Tugas mentor ini termasuk dalam akad hibah PJS. PJS yang berpengalaman akan berusaha mendidik kumpulan baru ini untuk berjaya kerana ramai penajaan tidak di arah kemana langkah seterusnya sehingga mereka menjadi pengguna tetapi tidak menjadi usahawan.
Target program ESP ialah untuk melahirkan usahawan yang mendapat pendapatan 5 angka stabil dalam tempoh 3 tahun selepas mengikuti 30 bengkel kemahiran serta program yang difikirkan perlu untuk pengukuhan gerak kerja.
Mentor hendaklah mempunyai semangat yang tinggi untuk membantu orang dan tidak harus ada sifat “bias” dalam menyelesaikan skil komunikasi dan perlu mengetahui nilai yang boleh kita pegang.
Apa yang berlaku dalam PBC sebelum ini situasinya tidak “Real Business” lantaran tidak wujudnya usahawan pada penama yang berpangkat atau usahawan “instant” yang wujud dengan penanaman modal tinggi bagi membeli pangkat. Penyerapan roh perjuangan produk halal masih rendah dibandingkan situasi mengejar status dan pangkat yang akhirnya ahli-ahli HPA bukan sahaja kabur dengan perjuangan tetapi mereka lebih mengenali KOPI RADIX dari sebuah jihad ekonomi dalam HPA.
Oleh sebab itulah program Mentor Mentee diwujudkan untuk kesinambungan perjuangan ini untuk seribu tahun lagi.
Info Bengkel ESP:
Bengkel ESP bertemakan Keusahawanan MLMS adalah antara 5 Bengkel wajib yang diberi PERCUMA kepada peserta ESP. Oleh itu semua peserta ESP di seluruh Malaysia yang telah memperolehi sijil ESP bolehlah mendaftar secara percuma di mana-mana tempat yg diadakan bengkel ini yang akan dikendalikan oleh Kelab Pemimpin di tempat masing-masing. Namun begitu para pengedar yang tiada sijil ESP juga boleh diterima jika ada kekosongan tempat tetapi dikenakan bayaran RM50.
Untuk zon tengah, anda boleh daftar mulai sekarang dengan Cik Atikah 019-4490082 untuk bengkel ini siri ke 2 pada hari Selasa 31 Mei 2011 di HPAIC SHAH ALAM.

No comments:

Post a Comment